Minum Kopi Tingkat Tenaga Batin?

Ramai orang terutamanya masyarakat di Malaysia tidak kira golongan muda ataupun tua gemar meminum kopi setiap hari. Persoalannya, adakah kopi itu baik untuk kesihatan ?


Kalau di kampung, golongan warga tua terutamanya gemar melepak di kedai sambil meminum kopi bersama rakan-rakannya. Aktiviti ini boleh dilihat di warung-warung kopi yang pelanggannya rata-rata datang dari sekitar situ juga. Tetapi persoalannya, adakah kita boleh meminum kopi secara kerap? Jom ikuti persoalan mengenai hobi yang gemar meminum kopi.


Soalan :


Saya kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat.


Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?


Jawapan :


Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.


Kopi mengandungi banyak bahan ‘antioksiden’ dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf ‘viagra’. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!


 ‘Viagra’ sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.


Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman ‘gourmet’ dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.


Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.

Minum Kopi Tingkat Tenaga Batin? Minum Kopi Tingkat Tenaga Batin? Reviewed by S2U on March 27, 2012 Rating: 5

2 comments:

  1. adakah amalan meminum kopi tongkat ali dpt meningkatkan tenaga dlm hubungan sex?

    ReplyDelete
  2. Their team is characterized by a level of professionalism that's hard to find. Their talent and workflow produced great work.san diego website design

    ReplyDelete

Powered by Blogger.