3 Soalan Lazim Berkenaan Hubungan Seks

Keinginanan melakukan seks tidak dapat dijangka malah kekerapan melakukannya juga tidak pernah dihadkan.Mungkin bagi setengah individu,tersimpan seribu satu persoalan yang ingin diajukan tetapi malangnya dek menyangka ia adalah sesuatu yang remeh dan memalukan,maka lebih baik dipendam sahaja. Sedari tahun 1940 an seks tidak dibincangkan secar meluas di forum -forum awam seperti mana yang berlaku sekarang. Ketika itu,masyarakat mengambil pendekatan belajar dari pengalaman hinggalah kewujudan satu demi satu bahan bacaan berkenaan seks.


Sekali pun kerap bertemu doktor untuk pemeriksaan namun persoalan berkaitan seks amat sukar diluahkan. Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara pasangan kurang berkomunikasi tentang masalah seks dalam rumah tangga masing-masing. Berikut adalah beberapa soalan yang menjadi tanda bagi pasangan yang baru atau sudah lama membina mahligai cinta.


Mengapa sakit ketika melakukan seks


Setiap kali melakukan seks pasti merasa tidak selesa.Ada ketika sakit lebih banyak dari seronok.Untuk berterus terang pada suami sesuatu yang mustahil kerana ia tentunya membuat dia berasa sangat kecewa.Berdasarkan kajian, 10% dari wanita merasa sakit ditahap kronik. Sekiranya ia semakin meyakitkan hingga mengeluarkan darah maka berbincanglah dengan doktor pakar sakit puan atau urologi dengan seberapa segera.Mungkin kesakitan tersebut berpunca daripada 'pelinciran' yang kurang mencukupi ataupun jangkitan yis,bakteria dan endometriosis.Selain perlu bertemu doktor,antara langkah yang perlu di ambil bagi mencegah kesakitan semasa berhubungan ialah melebihkan waktu-waktu 'foreplay ' ,menggunakan bantuan 'pelincir' ,'berhubunganlah ' dengan kehendak bersama serta cari posisi yang paling sesuai dan selesa.


Bimbang seks tidak selamat


Sekali sekala pasti terlintas difikiran mengenai seks yang diamalkan.Adakah ia sihat dan selamat?Jawapannya mudah sahaja. Selagi masing- masing berpegang teguh pada janji untuk setia maka tentunya jangkitan kuman mahupun penyakit sukar didekati. Usahlah risau dengan penyakit berbahaya seperti HIV ataupun sifilis sekiranya seks yang dipraktikan itu tidak melanggar batas-batas yang di anjurkan oleh agama.Sebaiknya,peruntukkan sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik berhampiran bagi mengetahui status kesihatan.


Bolehkah wanita merasai orgasma


Sesetengah wanita mengaggap seks adalah satu usaha yang memberi pulangan yang tidak seberapa.Kesukaran mengecap nafsu syawat yang tinggi membuatkan mereka melakukannya hanya kerana tanggunjawab kepada suami. Hakikatnya,ia bukanlah mudah untuk dikecapi sebagaimana lelaki. Banyak 'lokasi' perlu dijelajah sebelum bertemu destinasi yang diingini.Selain itu,pasangan perlu rajin melakukan satu demi satu experimen bagi mengesan titik sensitif isteri masing -masing. Berdasarkan kajian,wanita yang melalui orgasma akan meyebabkan tekanan darah meningkat,kontrak dinding faraj serta otak mengalirkan endorfin selain sbahagian besar otaknya akan mengucup. Wanita juga tidak terlepas dari merasa orgasma dan cara yang paling mudah untuk mencetuskan ialah melalui sentuhan vagina serta 'lokasi' g -sport yang terletaknya kira-kira dua inci melepasi pembukaan vagina

3 Soalan Lazim Berkenaan Hubungan Seks 3 Soalan Lazim Berkenaan Hubungan Seks Reviewed by S2U on March 25, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.