10 Wasiat Buat Isteri

10 Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri....


Pertama dan Kedua


Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.


Ketiga dan Keempat


Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.


Kelima dan Keenam


Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan waktu makannnya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.


Ketujuh dan Kelapan


Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.


Kesembilan dan Kesepuluh


Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.

10 Wasiat Buat Isteri 10 Wasiat Buat Isteri Reviewed by S2U on March 25, 2012 Rating: 5

2 comments:

  1. bagus tips ni..teruskan dengan lebih byk tips lagi...tahniah

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sangat berguna & bermakna. Terima kasih kepada yang menukilkan nasihat ini.

    * anda boleh merujuknya di dalam kitab Arab bernama "TUHFAT AL-'ARUS" (تحفة العروس) bermaksud Karya Buat Pengantin. mukasurat 121.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.