10 Tip Agar Acara Kamar Tidak Lagi Membosankan

Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks.Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan.


Jika ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah tangga.Antaranya adalah terjadinya kecurangan.Oleh itu sebaiknya ia dicegah sebelum berlaku.Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan kebosanan seks tidak menjegah di hati anda dan pasangan.


Sekali seminggu

Seseorang yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya.Seks sama seperti bersenam atau bersukan,jika seseorang sekali berhenti maka kemungkinan besar ia akan terus menurun.Oleh itu cubalah untuk menyukai dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur.


Terlibat dalam pekerjaan rumah

Wanita cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu melakukan pekerjaan rumah.Konsep ini disebut dengan 'choreplay'.Kajian dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia jika suami terlibat dalam urusan rumah tangga.Manakala studi dari University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu membersihkan rumah dan menguruskan anak,memiliki seks yang lebih baik.


Berpelukan selama 20 saat

Pelukan yang dilakukan selama 20 saat akan membuat hormon pelukan atau oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara keduanya. Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan wanita untuk sampai ke tahap yang sama.Jadi berikan pelkan sekali sehari selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki kehidupan seks yang lebih sihat.


Berhenti mengakses pornografi

Pakar menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak dari biasa jika sering melihat bahan lucah.Terlalu banyak masturbasi akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan seksual yang boleh memuaskan pasangan.


Bersikap lebih positif

Kajian menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif.Seseorang harus memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran negatif.Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang hebat.


Aksi pemanasan 21 minit

Fakta menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita,sementara wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma.Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7 peratus kegagalan orgasma.


Menjaga kecergasan

Sudah tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah berbanding jika pasangan lemah dan layu.Reaksi daripada setiap rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh segar.Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas rangsangan seks tersebut tidak memudar.


Kekal sihat

Kesihatan secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat.Ini kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh besarterhadap nafsu seks seseorang.Jika salah satu daripadanya tidak sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas.Oleh itu jagalah kesihatan dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan berkhasiat.


Berkongsi Fantasi

Kajian menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks yang lebih puas,lebih responsif dan lebih berani.Berkongsi fantasi dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim dan satu perkongsian yang cukup berharga.


Saling menghargai

Seseorang lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan.Ambil kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap ego.

10 Tip Agar Acara Kamar Tidak Lagi Membosankan 10 Tip Agar Acara Kamar Tidak Lagi Membosankan Reviewed by S2U on April 01, 2012 Rating: 5

1 comment:

  1. Lucky Club: Best Casino Site in UK for Slots, Blackjack
    Enjoy the best games at Lucky luckyclub Club: Best Casino Site in UK for Slots, Blackjack, Craps & more! Enjoy a variety of slots, live entertainment,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.