Waktu Terbaik Untuk Bersenam

Bilakah waktu yang terbaik untuk melakukan senaman? Adakah melakukan senaman pada  waktu tertentu sama ada pagi, petang mahupun malam akan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal?


Penyelidik di Universiti Jyväskylä di Finland mendapati, bersenam pada waktu malam dapat membina lebih banyak otot berbanding jika anda bersenam pada waktu pagi.


Ini kerana pada waktu petang, suhu badan dan kadar hormon testosteron anda berada di paras yang maksimum manakala tekanan darah dan hormon cortisol berada di paras yang amat rendah sekaligus meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan anda.


Anda disarankan untuk bersenam sekitar 4-6 petang yang merupakan waktu yang optimum dan terbaik untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal.


Namun begitu, anda juga boleh bersenam pada waktu yang lain kerana tubuh badan manusia mampu menyesuaikan diri dengan apa juga keadaan termasuklah melakukan senaman pada waktu yang bukan optimum. Malah, kajian juga mendapati yang kekerapan melakukan senaman pada waktu yang sama dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan anda.


Menurut Menno Henselmans dari Bayesian Building, "Tubuh badan anda akan menyesuaikan ritma sirkadian atau kitaran semulajadi dengan tekanan yang dihadapi ketika bersenam sekaligus menghalang penurunan tahap kecergasan tubuh badan anda."


Apa yang penting, anda perlu mencari waktu yang terbaik untuk melakukan senaman secara kerap tidak kiralah pada waktu pagi, petang mahupun malam.


Namun begitu, jika anda sukar untuk melakukannya secara kerap, anda boleh bersenam pada bila-bila masa yang terluang kerana itulah waktu yang terbaik untuk melakukannya.

Waktu Terbaik Untuk Bersenam Waktu Terbaik Untuk Bersenam Reviewed by S2U on October 26, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.