4 Cara Tangani Ego Suami Panas Baran

Manusia tidak boleh lari daripada ego. Baik lelaki mahupun wanita,kedua -keduanya memiliki sikap yang jika tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Lazimnya suami sering dikaitkan dengan masalah ego yang tinggi. Ada ketikanya disebabkan masalah yang kecil perbalahan melarat hingga mencetuskan 'perang dunia ke dua'. Tambahnya menyedihkan apabila berlakunya kes caci mencaci dan pukul memukul antara satu sama lain.


Acap kali dikaitkan lelaki yang panas baran mempunyai tahap ego yang tinggi. Sama ada sedar ataupun tidak, golongan seperti ini amat sukar rasa bersalah meskipun telah menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf ibarat emas yang berada di dalam mulut. Susah untuk dikeluarkan kerana bimbang merugikan diri sendiri. Apabila situasi ini berlangsung dalam sesebuah perkahwinan tentunya menyukarkan dari segenap segi. Oleh itu isteri yang berhadapan dengan masalah sebegini perlu bijak mengawal keadaan dan jangan cepat terpengaruh kepada pujukan hati yang ingin berkeras demi menegakkan kebenaran.


Adakan sedikit perbincangan dengan suami bagi menyuarakan pendapat anda mengenai apa yang berlaku. Namu perlu diingat,terdapat beberapa topik yang jika ia dibahaskan mampu mengeruhkan lagi keadaan iaitu seks,kesuburan serta masalah kelakian. Bagaimanapun masih boleh dilakukan tetapi gunalah pendekatan yang sesuai dan jangan sesekali mendesak. Namun masih terdapat segelintir isteri yang gemar mengambil sikap berdiam diri. Malas nak bising- bising sebaliknya rela kecewa memakan diri. Usah begitu kerana setiap masalah pasti ada cara jalan penyelesaianya. Ikuti tips yang diberikan bagi menangani suami panas baran.


BANYAKKAN BERSABAR DAN JANGAN MEMBALAS


Meskipun pemarah namun suami ini gemar berterus terang dan jujur dengan pendapat yang diutarakan. Itu dari sudut positif berbanding lelaki pendiam,kebanyakan daripadanya gemar memendam perasaan. Masalah besar yang dialami sekarang ialah suami seperti ini berkata - kata tanpa berfikir tentang perasaan individu yang dikritik dalam nada yang suara yang tinggi dan kasar. Kerana itulah isteri terperangkap dalam situasi seperti ini,perlu banyak bersabar dan jangan sekali-sekali membalas kata- kata suami dengan ungkapan sindiran atau melahirkan ekspresi wajah seolah - olah mengejek. Rasanya mendiamkan diri pada waktu lebih baik dari betegang urat untuk menegakkan hak masing- masing.


FIKIR TEGURAN DARI SUDUT POSITIF


Apabila suami melahirkan pendapat dengan nada yang sedikit keras dan tajam maka mabillah dari sudut yang positif. Anggaplah bahawa ia satu teguran membina untuk anda bagi memantapkan diri menjadi isteri serta ibu yang mithali. Jangan terlalu emosi dengan kata -kata yang diucapkan. Ingatlah,meskipun mengalir air mata darah sekalipun tatkala mendengar apa yang suami katakan,percayalah bahawa golongan seperti ini sukar mengubah pendapat selain merasa tidak bersalah langsung terhadap apa yang berlaku.


BERBINCANGLAH PADA SITUASI DAN MASA YANG SESUAI


Bagi mengelakkan masalah berlanjutan, seelok -eloknya ajaklah suami berbicara dengan aman. Selalunya individu yang cepat marah pasti cepat sejuk bila kene dengan gayanya. Sebab itulah isteri perlu peka dengan perubahan suami. Jangan terus kepada 'hajat' yang ingin disuarakan sebaliknya lakukanlah sedikit 'pemanasan'. Apabila suami sudah mula berbicara dengan nada serta intonasi yang waras maka cepat-cepatla masuk jarum. Mulakan dengan kata-kata maaf dan selang -selikan dengan ayat pujian. Sambil -sambil itu urutlah badan suami atau hidangkan makanan yang menjadi kegemarannya. Tentunya berhasil.


USAH TERLALU  BEREMOSI


Jangan sesekali beri pandangan atau membantah ketika suami sedang tegang. Ini hanya kerja yang sia -sia kerana dia sama sekali tidak akan mempedulikan apa yang anda perkatakan. Padahnya hanya akan berbalik kepada anda juga kerana suami pasti berasa tercabar lantaran isteri berani mencelah ketika dia sedang marah. Tentunya apabila situasi ini semakin panas maka psikologi isteri tentunya akan terganggu. Mulalah berfikir yang bukan -bukan hingga ke tahap inginkan perceraian. Usah begitu,sevagai wanita yang sinonim dengan kemaafan dan kelembutan maka mengalahlah. Biarkan sahaja apa yang suami ingin katakan,kata pepatah masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Lagipun perkahwinan tidak pernah mengiktiraf siapa menang atau siap kalah ketika berbalah. Buang masa dan rugi air liur sahaja jika dilayan. Untuk itu,bertoleransilah kerana habuannya amat besar ertinya dalam membina sesebuah keluarga yang bahagia.

4 Cara Tangani Ego Suami Panas Baran 4 Cara Tangani Ego Suami Panas Baran Reviewed by S2U on June 12, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.