6 Dambaan Isteri Saat Di Ranjang

Antara sedar atau tidak ,wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan.Untuk itu,ketahui perjalanan seksual yang dinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaaan atau lebih serius dakwaan 'rogol' oleh suami sendiri.


Pentingkan kesihatan dan rehat


Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan.Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati  'piawaian' yang ditetapkan,secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.


Inginkan reaksi emosional pasangan


Sebenarnya wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.


Ambil kira tarikan fizikal


Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama.Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.


Tindak balas seksual mengukur kepuasan


Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.


*Sebelum bersama,isteri digalakkan mengambil madu lebih untuk tenaga dan kesihatan dalaman selain susu dan buah badam sebagai sajian ringan disamping sup ayam serta makanan berempah.


Sensitiviti pasangan


Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang.Lazimnya, ,mereka gemar memberikan 'bayangan' terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan.


Dalam berasmara,wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.


Tahap kesihatan pasangan


Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara.Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan 'mood' untuk bersama terjejas.

6 Dambaan Isteri Saat Di Ranjang 6 Dambaan Isteri Saat Di Ranjang Reviewed by S2U on March 04, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.